Friday, 31 August 2012

Merdeka !!!

Hai semua rakyat Malaysia...
apa khabar...
hari ni, 31 Ogos, Hari Kemerdekaan negara kita, Malaysia...
apa lagi, mari raikan... huhuhu...
semoga kemerdekaan yang negara kita kecapi kini, berkekalan sampai bila-bila... InsyaAllah...
akhir kata, Saya bangga menjadi rakyat Malaysia !!!
salam kemerdekaan semua...
jaga diri... bye... :')





Monday, 27 August 2012

Awak. :'(

hai semua...
apa khabar? lama tak jumpa. huhu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...
macam mana raya tahun ni? meriah tak?
kalau saya, saya jawab, em tak berapa nak meriah. atas sebab-sebab tertentu. hee.
sekarang jam menunjukkan pukul 3.35 a.m.
saya belum mengantuk lagi.
em saya sebenarnya teringat kt dia lagi. lagi dan lagi. :'(
sedihnya. dia dah tukar nombor rupanya. tak bagitahu saya pun.
hm yela, dah ada kawan baru kan. ke bukan. entahlah.
tak baik buruk sangka. tapi apa pun, serius saya terkilan jugak kt dia. sikit.
kenapalah saya tak dapat buang jauh-jauh perasaan ni.
dia pun mesti dah tak ingat langsung kt saya. tu lah yang selalu saya ingatkan kt diri saya sendiri.
dah lah, cukuplah berharap. dah cukup.
awak, saya harap satu hari nanti akan tibanya waktu itu. buat masa ni, biarlah saya pendam je.
okaylah, jumpa lagi kawan-kawan.
jaga diri.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. :')

Sunday, 12 August 2012

Dia dah mai dah..... (^__^)

hai semua...
jumpa lagi...
nak tahu tak, minggu ni dah mula dah dapat assignment...
banyaknye pun... antaranya Language Description, Language Development, English Studies, Pendidikan Jasmani dan sebagainya...
em subjek Social Studies je yang belum dapat lagi setakat ni... 
tak sabarnya... haha...
wah wah wah, sungguh mencabar ni... takpa-takpa, relax...
Malaysia Boleh !! saya pasti dapat melaksanakannya... InsyaAllah...
"Janji Ditepati..." huhuhu...
em kenapa eh bagi assignment nak dekat-dekat raya? emm... entahlah... 
takpalah, saya yakin dan percaya bahawasanya saya, serta rakan-rakan seperjuangan yang lain pasti mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan ini... InsyaAllah...
baiklah, semoga bertemu lagi...
jaga diri, jaga hati...
bye semua... (^__^)


Saturday, 11 August 2012

Kawan oh Kawan (Part 1)

hai semua.
apa khabar? harap semua sihat-sihat hendaknya.
harini saya nak cakap pasal kawan saya.
saya kasihan tengok dia. si lelaki ni apelah, sampai hati buat kawan saya macam tu.
geram pun ada jugak. tapi saya takda hak nak masuk campur hal diorang.
serius saya sedih bila dengar luahan hati kawan saya ni. kadang-kadang dia menangis. sedih tengok dia. dia agak menderita dengan kisah dia dengan si lelaki ni.
saya doakan supaya kawan saya ni dikuatkan semangat dan dia boleh pilih yang terbaik untuk hidup dia. saya yakin dia boleh. saya agak kagum dengan kawan saya ni. walaupun macam-macam yang jadi dekat dia, dia kuat hadapinya.
dia pun selalu jugak bagi nasihat dekat saya bila saya ada masalah. saya pun senang menerima nasihat dia.
okaylah, sampai sini dulu saya cerita.
akhir kata, semoga kawan saya ni tabah hadapi dugaan yang datang dalam hidup dia. insyaAllah.
okaylah, bye semua.
jaga diri. (^__^)


Mari Berdoa. InsyaAllah.








Friday, 3 August 2012

Jom Jalan-jalan (^__^) ( PCB, TESCO KB, KB MALL )

hai kawan-kawan...
harini saya nak kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar semasa saya dan rakan-rakan bersiar-siar pada hujung minggu yang lalu...
dengan menaiki sebuah viva yang disewa, kami telah bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan, Tesco Kota Bharu dan KB Mall...
saya dan rakan-rakan semua amat berpuas hati dengan pengembaraan kami pada hari itu...
agak berbaloilah hujung minggu kami diisi dengan aktiviti seumpama ini...
disini juga ingin saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam aktiviti ini...
saya harap di lain masa, rakan-rakan saya berkesempatan lagi untuk meluangkan masa bagi aktiviti seumpama ini...
baiklah, setakat ini saja buat masa ini...
lihatlah sedikit perkongsian gambar-gambar kami semua...
jumpa lagi di lain masa...
jaga diri...
nak gerak dah ni... wuhuu...

ambil gambar dulu, baru gerak... hehehe...

no photo please... hehehe, bajet kan...

oh macam tu ceritanya. lagi?


nak balik dah... senyum lagi...

Wednesday, 1 August 2012

Teringat Dia. Sedih. :'(

hai semua.
jam sekarang menunjukkan pukul 1.51 a.m.
saya masih belum mengantuk lagi...
saya baru je lepas stalk dia.
teringat balik semua kenangan bila stalk dia tadi.
sedihnya yang amat. kenapa saya macam ni. :'(
kenapa kami berkesudahan macam ni. tergantung. tu je yang boleh saya cakap.
jujur saya rindu kt dia. nak tanya khabar dia. tapi, apakan daya.
saya harap sangat, saya cukup kuat untuk hadapi semua ni.
saya rasa, dia tak kisah pun pasal saya lagi. entahlah.
okaylah kawan-kawan, jumpa lagi.
selamat berpuasa.
jaga diri. :')



About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)