hai semua..
hari ni saya nak kongsikan 30 perkara tentang wanita..hehe.. siapa wanita?
emm wanita adalah anugerah terindah ciptaan Allah.. hehe.. kan kan..:)
okaylah, selamat menyaksikan apakah perkara2 tentang wanita yang kita perlu tahu..
maklumat ni saya cari di internet, jadi jika ada sesiapa yang tak setuju di mana mana bahagian, mohon dimaafkan ye kawan2..
jadi, mari kita sama-sama melihatnya.. jeng jeng jeng..
30 perkara tentang wanita (^_^)..
1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula, sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat! (iye, percaya laa..:P)
6. Wanita memang sukakan pujian, tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian tersebut. haha.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,jadi tolaklah cintanya dengan lembut,jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat satu keputusan,dia sanggup lakukan apa saja. ;)
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, jadi cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Melalui muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (blog pun salah satu cara taw..:P)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan bahawa mereka ini langsung tak berguna. (please please)
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (betul)
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi sejuta erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. haha.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. (step by step)
15. Jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar,tinggalkan jela dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. (green light)
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri. Wanita kan emosional sikit..:P
18. Selepas seseorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah dia tak jumpa lelaki ini lebih awal. (eleh..:P)
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sEseorang gadis,rajin-rajinkan lah tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya! <3
22. Satu ucapan 'Hai / Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang cantik. (please laa kawan)
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa sangat terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai dengan setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap kamu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah ye..
30. Sebenarnya mudah sahaja nak mengambil hati wanita, kerana apa yang wanita mahukan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi dengan sepenuh jiwa..
Okay.. itulah 30 perkara tentang wanita yang ingin dikongsikan kepada rakan2 semua..
tapi tak semua perkara di atas wujud dalam diri seseorang wanita kan kawan2??
semuanya terpulang kepada pandangan dan pegangan masing2.. kan?
jadi renung-renungkan lah ye kawan-kawan..
okaylah setakat ini dulu laa ye..
nanti lain masa kita jumpa lagi..
sebelum berpisah, saya tinggalkan kawan2 dengan lagu Wanita oleh Siti Nurhaliza..
istimewa untuk kawan2..
hehe.. lagu tak nak kalah.. haha..:P
selamat mendengar lagu ini..
bye semua..
macam biasa, sebelum berpisah, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi.. Insya'Allah.. (^__^)