Thursday, 20 March 2014

Utusan Terakhir ~Selamat Tinggal~

Assalamualaikum.

 

Hai semua peminat2 tegar blog saya yang tak seberapa ni..:P

Pertama sekalisaya harap anda semua bertenang.

Dan simpanlah semua 1001 persoalan anda mengapa saya lama tidak update entri di blog ini.

Saya bukan goyang kaki ke saje2 je okay.

Banyak research telah saya lakukansepanjang penyepian saya.

hehe.

Research ape? Haa ni nak bagitahu ni.

Sebelum tu, jutaan terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua pembaca blog "Tentang Laila" atas sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini kepada saya dan blog saya ni.

Tanpa andaanda dan anda semua, traffic views saya tak akan meningkat  secara mendadak saban hari...:P

Untuk pengetahuan semuasaya akan menghentikan penulisan entri pada blog saya ini.

Kenapa? Ini jawapannya..:D

Kerana saya telah membuat blog baharu yakni sambungan bagi blog Tentang Laila ini.

Excited tak nak tahuHee. Okay2, sabar ye.. ni den nak koba an ni....:P

Saya akan melebarkan sayap dalam penulisan blog pada blog baru saya tu.

Jadi selepas ini, tiada lagi entri yang akan di post pada blog ini.

Semua entri akan di update pada blog baru tu nanti.

Selamat tinggal blog ku... "Tentang Laila"...:P

Walaupun agak berat bagi saya meninggalkan blog saya ininamun harus saya kuatkan diriemosi dan rohani..:P

Harapan saya kepada semua pembaca blog saya niteruskan menyokong kerjaya penulisan blog saya ni ye.

Harapan anda menjadi nadi saya untuk terus menyinar dan berada di puncak aspirasi..:P hehe.

Kepada semua pengikut2 blog saya inijangan lupa untuk singgah sebentar di blog baru saya dan link blog tesebut ialah… superlaila29@blogspot.com

Luangkanlah masa untuk membaca entri2 saya yang tak seberapa tu ye.. hee..

In other words, blog baru saya tu mostly about, "The New Laila" hehehe...:P

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa dan di blog baru saya tu.

Sekian sahaja entri untuk blog ini..

Much more loves from me, Laila..:)

Macam biasapesanan dari hakmilik terpelihara,

Jaga DiriJaga HatiIngat Ilahi.

Assalamualaikum..(^_^)









Monday, 30 December 2013

Fatih dan Sarah

Hai kawan2...
sihat semua? harap semua sihat2 belaka...:)
selama dua minggu ni, saya telah ditugaskan menjadi babysitter... cewahh... hehe...:D
saudara saya minta tolong jagakan 2 orang anaknya kerana beliau ada urusan penting untuk dilaksanakan... cewahh ayat...:P hehe...
jadi bermula laa hari2 saya sebagai babysitter... hehe...
seronok taw jadi babysitter ni...
ni saya nak cerita apa yang seronoknya...
seorang berumur 6 bulan(baby lelaki) dan seorang lagi berumur 2 tahun(perempuan)...
dua2 muka iras2 anak cina taw... putih melepak... serius saya tak tipu... hehe...
diorang ikut muka mama diorang laa tu... 
comel jer dua orang budak kecik ni taw...
kelakar pun ada... 
melihat keletah diorang yang macam2, buat saya selalu happy...
senyum selalu...:D
suka sangat kt diorang ni... sayang ape tah lagi kan...:)
yang baby ni nama dia, Muhd Al Fatih dan kakaknya bernama, Nur Sarah Qaseh... cantik dan sedap nama diorang kan...:)
saya paling suka bila diorang nak masuk tidur... haa masa tu macam2 diorang buat sebab nak lawan rasa mengantuk tu... seboleh bolehnya diorang tak nak tidur... asyik nak main je... budak2 kan...:D kelakar sangat diorang ni... selalu buat saya terhibur jaga diorang...
baby fatih ni suka didukung... kalau kita dukung dia sekejap, mulalah dia buat muka comel minta nak didukung lagi... eee comel taw baby Fatih ni...
yang Sarah pula, suka bersolek... tudung2 saya sangat disukainya... haha..
Sarah kalau nampak je tudung, dia akan minta dipakaikan... saya pun apa lagi, pakaikan jela kt Sarah yang comel ni... biasanya Sarah akan minta dipakaikan gaya tudung macam biasa jer... tapi ada sekali saya pakaikan dia gaya macam Yuna, terus Sarah minat gaya tu... asyik gaya tu je dia minta dipakaikan... hahaha... Sarah Sarah... comelnya laa...:D
saya rasa nanti bila Sarah dah besar, mesti dia akan suka berfesyen... ada style gitu... good luck Sarah... hehe..:D
baby Fatih kalau masa tidur, sangatlah comel... dia akan hisap ibu jari dia yang comel tu... pastu buat posing comel... eee comel sangat baby Fatih ni... kadang2 tu masa tidur, lasak taw... macam2 aksi ada... hahaha.... Fatih oh Fatih...<3
saya sayang sangat kt dua2 budak kecik ni... saya harap bila diorang dah besar nanti, akan jadi anak yang baik, soleh dan solehah, berbakti pada mak dan ayah, dan berjaya capai cita2 diorang... insyaAllah...:D
lepas ni dah nak berpisah dah dengan diorang... saya dah nak balik Kelantan dah...
saya pasti akan rindukan budak2 kecik ni nanti...:'(
nanti saya kongsikan gambar2 budak kecik yang comel tu ye...
serius diorang comel sangat...
saya sayang diorang...<3
okaylah kawan2... kita jumpa lagi pada entri akan datang...
macam biasa, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi... InsyaAllah...(^_^)

Sunday, 29 December 2013

Apam Polkadot

Hai hai hai...
apa khabar semua...:D
hari demi hari, nampaknya tinggal beberapa hari je sebelum nak balik Kelantan.. hermm..:( nak duduk kt rumah lagi... sob sob...:(
ehh okay2 dah2.. hee..
berbalik pada topik kita pada hari ini iaitu tentang Apam Polkadot...
petang2 macam ni, sedap jugak kalau menikmati kuih apam ni kan... hehe...
so apa lagi kawan2, mari kita buat apam ni sebagai aktiviti mengisi masa lapang kita kan...;)
jadi saya nak kongsikan resepi Apam Polkadot yang gebu khas untuk kawan2.. huhu...
mari kita saksikan... jeng jeng jeng...
selamat mencuba ye..:D

Bahan-bahan :
-tepung gandum (2 1/2 cawan) *diayak
-baking powder (2 sudu teh) *diayak
-telur (3 biji) *gred A
-gula halus (1 cawan)
-susu cair (1 cawan)
-ovalette (1 sudu teh)
-esen vanilla (1 sudu teh)
-pewarna (hijau, biru, kuning, pink) *ikut citarasa anda

Cara-cara :
1) Putarkan telur, gula dan ovalette. Putar hingga kembang dan menjadi putih. Putar pada kelajuan maksimum.
2) Kemudian masukkan susu cair. Seterusnya masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
3) Masukkan esen vanilla.
4) Putarkan pada kelajuan maksimum hingga adunan sebati.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut pewarna yang diinginkan.
6) Setelah siap adunan digaulkan dengan pewarna yang diinginkan, bolehlah masukkan ke dalam piping beg.
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas. Isikan 3/4 sahaja (hampir penuh). Jangan isi penuh pula, nanti apam nak mengembang macam mana kan. 
8) Kalau nak lagi sedap, bolehlah letakkan inti jem ke dalam apam. Gunakan jem strawberi ke, blueberi ke. Saya guna jem strawberi. hehe. Caranya picitkan 1/4 adunan ke dalam mangkuk kertas, kemudian letakkan sesudu kecil jem strawberi. Kemudian picitkan lagi adunan hingga hampir penuh mangkuk kertas. Macam tadi ye.
9) Seterusnya bolehlah buatkan dot. Ikut kreativiti anda ye..:)
10) Setelah siap membuat dot, kukuslah apam di dalam pengukus selama 20 minit atau sehingga masak.
11) Sebaiknya penutup pengukus dibalut dengan kain supaya air semasa mengukus tidak jatuh ke apam. Jika tidak, apam anda menjadi tidak cantik.
12) Setelah siap mengukus, apam bolehlah dihidangkan. Makan panas2 pun sedap. Hehe. Selamat Mencuba. (^_^)










hehehe... apam polkadot siap... yeaayyy...;)
Selamat Mencuba ye kawan2...(^_^)


Pancake Butter

Hai kawan2...
apa khabar semua?
hari ni saya nak kongsikan resepi Pancake Butter...
senang je nak buatnye taw...
kawan2 boleh laa mencubanya nanti ye... hehe...
mari kita sama2 saksikan...
jeng jeng jeng...

Bahan-bahan :
-tepung gandum (1 cawan) *diayak
-baking powder (1 sudu teh) *diayak
-gula (2 sudu besar)
-telur (1 biji)
-butter (2 sudu besar) *dicairkan
-susu cair (1 cawan)

Cara-cara :
1) Mula-mula asingkan putih telur dan kuning telur dalam dua bekas berasingan.
2) Seterusnya pukul putih telur dengan garfu. Sebab kuantitinya sikit je kan. Pukul hingga kembang.
3) Kemudian ambil bekas lain, gaulkan tepung gandum dan baking powder.
4) Dalam bekas lain pula, campurkan kuning telur, gula dan susu cair. Gaul hingga sebati.
5) Masukkan butter yang telah dicairkan tadi.
6) Seterusnya, masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah digaulkan tadi. Gaul hingga adunan sebati.
7) Tapis adunan tadi supaya adunan tidak berketul. Baru cantik pancake nanti.
8) Seterusnya, masukkan putih telur tadi ke dalam adunan tepung tadi. Gunakan kaedah kaup balik. Ingat tu.
9) Panaskan non stick pan.
10) Kemudian sendukkan adunan ke dalam non stick pan tadi. Sebaiknya satu senduk setengah sekali letak.
11) Apabila gelembung sudah kelihatan pada pancake kita, bolehlah dibalikkan. Confirm cantik warna kekuningannya.
12) Apabila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
13) Hidangkan pancake anda tadi dengan coklat cair. Nyum nyum. Nikmatilah keenakan pancake butter anda. Selamat mencuba. (^_^)





Selamat mencuba ye...(^_^)




About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)