apa khabar semua...:D
hari demi hari, nampaknya tinggal beberapa hari je sebelum nak balik Kelantan.. hermm..:( nak duduk kt rumah lagi... sob sob...:(
ehh okay2 dah2.. hee..
berbalik pada topik kita pada hari ini iaitu tentang Apam Polkadot...
petang2 macam ni, sedap jugak kalau menikmati kuih apam ni kan... hehe...
so apa lagi kawan2, mari kita buat apam ni sebagai aktiviti mengisi masa lapang kita kan...;)
jadi saya nak kongsikan resepi Apam Polkadot yang gebu khas untuk kawan2.. huhu...
mari kita saksikan... jeng jeng jeng...
selamat mencuba ye..:D
Bahan-bahan :
-tepung gandum (2 1/2 cawan) *diayak
-baking powder (2 sudu teh) *diayak
-telur (3 biji) *gred A
-gula halus (1 cawan)
-susu cair (1 cawan)
-ovalette (1 sudu teh)
-esen vanilla (1 sudu teh)
-pewarna (hijau, biru, kuning, pink) *ikut citarasa anda
Cara-cara :
1) Putarkan telur, gula dan ovalette. Putar hingga kembang dan menjadi putih. Putar pada kelajuan maksimum.
2) Kemudian masukkan susu cair. Seterusnya masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
3) Masukkan esen vanilla.
4) Putarkan pada kelajuan maksimum hingga adunan sebati.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut pewarna yang diinginkan.
6) Setelah siap adunan digaulkan dengan pewarna yang diinginkan, bolehlah masukkan ke dalam piping beg.
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas. Isikan 3/4 sahaja (hampir penuh). Jangan isi penuh pula, nanti apam nak mengembang macam mana kan.
8) Kalau nak lagi sedap, bolehlah letakkan inti jem ke dalam apam. Gunakan jem strawberi ke, blueberi ke. Saya guna jem strawberi. hehe. Caranya picitkan 1/4 adunan ke dalam mangkuk kertas, kemudian letakkan sesudu kecil jem strawberi. Kemudian picitkan lagi adunan hingga hampir penuh mangkuk kertas. Macam tadi ye.
9) Seterusnya bolehlah buatkan dot. Ikut kreativiti anda ye..:)
10) Setelah siap membuat dot, kukuslah apam di dalam pengukus selama 20 minit atau sehingga masak.
11) Sebaiknya penutup pengukus dibalut dengan kain supaya air semasa mengukus tidak jatuh ke apam. Jika tidak, apam anda menjadi tidak cantik.
12) Setelah siap mengukus, apam bolehlah dihidangkan. Makan panas2 pun sedap. Hehe. Selamat Mencuba. (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment