Monday, 23 July 2012

Salam Ramadhan (^__^)


hai kawan-kawan...
Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-3 Ramadhan...
semoga kita semua dapat bertahan hingga ke penghujung Ramadhan. InsyaAllah...
masuk hari ni, dah banyak juga juadah berbuka puasa yang saya dah rasa...
mak saya pun selalu juga tanya apa juadah berbuka saya kt sini...
mak cakap kt rumah macam-macam juga juadah yang ada... ayah beli banyak...
mak cakap, nanti bila saya balik puasa kt rumah, ayah akan belikan apa saja yang saya nak makan...
suka sangat...
tapi, agak sedih sebab tiket balik kampung saya hari Jumaat, 17/8/2012, 9.00 p.m.
maksudnya saya sampai kt rumah hari Sabtu, 18/8/2012, 7.00 a.m.
saya dapat berbuka puasa di rumah pada hari terakhir Ramadhan...
sedih jugaklah... dan rasa nak nangis... 
rindu sangat kt family... terutama mak... :'(
okaylah, setakat ni dulu lah...
jumpa lagi semua... jaga diri...
Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa... :')

Tuesday, 17 July 2012

Trip to National Park, Pahang, Malaysia. (Part 2)

Hai hai semua.
hehe. harini saya nak berkongsi gambar-gambar sepanjang saya dan rakan-rakan semasa rombongan haritu.
okay, jadi selamat melihat gambar-gambar ye.
bye2. :')

hehe, sempat lagi posing sebelum bergerak.

di dalam bas.



senyum, tak perlu kata apa-apa.

ni lah motel, tempat kami bermalam.

TRV Motel.

Pick Up

taraaa...

tangga oh tangga.

Pemandu Pelancong kami.

eh eh, saya pun ada kt belakang tu. hehe.

kawan-kawanku yang ceria.

waa, senyum lebar nampak.

main percik-percik air.

ni lah perkampungan Orang Asli Batek.

kanak-kanak.

budak kecil berjalan-jalan.

perkampungan orang asli.

budak kecil dan tangganya.

saya dan rakan-rakan.

belajar cara membuat sumpit.

mandi manda sebentar.



TRV Motel lagi.

Pick Up lagi.

kami di atas bot. senyum.

ni lah tempatnya.

pemandangan dari jarak jauh.

bersama anak-anak pensyarah kami.

em nak pergi mana satu ni.

bunga.

ni Animals Information.

One of our beloved lecturer.

cuba lihat betul-betul. berwarna biru bukan.

eh eh melintang pula gambar ini.

tumbuh-tumbuhan

dah nak sampai Canopy Walk ni.


kami bersama pelancong luar negara.

sebagai kenangan bersama.

Welcome to Canopy Walk.

kami yang sedang menggigil kegayatan.

selepas melalui Canopy Walk. fuhh, lega.

Dia nak apa?

hai semua.
jumpa lagi.
hmm. harini saya nak cerita. pagi tadi dalam pukul 5 pagi, ada orang call. tengah tidur kot masa tu.
tak kenal pun nombor yang call tu. ingatkan ada apa-apa yang penting, jadi saya jawablah call tu.
hmm. dengar suara dia. saya tahu tu suara dia. dia tanya, kenal tak siapa dia. saya pun saja-saja lah cakap tak kenal, nak tengok apa respon dia. tengok-tengok, dia yang kelentong balik. hmm. dia ingat saya tak tahu ke tu dia. hmm. kenapa dia nak buat semua tu. call pagi-pagi pulak tu. kalau dulu, memang dia je yang selalu call pagi-pagi macam tu.
apa awak nak sebenarnya. tolonglah jangan buat macam tu lagi. saya tak suka. saya takut. tolonglah faham.
hmm, okaylah setakat ni dulu saya cerita.
bye semua. jaga diri. :')

Sunday, 15 July 2012

Abang call.

hai.
tengahari tadi dalam pukul 12 lebih, abang saya call. tiba-tiba je.
masa tu saya tengah borak-borak dengan kawan-kawan dalam bilik. sambil makan tengahari.
saya pun angkatlah call, dengar suara abang. dia cool je cakap.
mula-mula dia tanya, tengah study ke. takda kelas ke harini.
saya cakap lah takda. saya tanya kenapa. tiba-tiba je tanya. hati dah debar-debar dah masa tu.
abang cakap, "ni nak bagitahu je, tadi mak ............. tapi relaxlah, mak okay je. cuma ......... tapi jangan risau. tu je nak bagitahu. " :'(
Ya Allah, terus nangis lepas tu. saya pergi tandas kejap. 
balik dari tandas, kawan-kawan pandang saya. diorang dapat agak sesuatu.
mula-mula saya cakap, takda apa-apalah.
kawan-kawan saya, tahu ada sesuatu yang tak kena. diorang pun terus dan terus tanya.
diorang cakap, jangan pendam-pendam, la. luahkan je.
last-last, saya cakaplah yang sebenarnya kt diorang.
lepas tu terus mengalir balik air mata. penat cover depan diorang. tapi akhirnya tewas.
kawan-kawan semua pujuk. masa tu, lagi bertambahlah sedih tu.
tapi alhamdulillah, saya dapat kawal dah emosi lepas tu. dah berhenti nangis dah.
tapi, secara jujurnya, sekarang, saya masih sedih. tapi saya cuba kawal perasaan itu. saya kena kuat.
semoga saya diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang datang dalam hidup ini. InsyaAllah.
okaylah, setakat ni dulu. bye. jaga diri. :')

Saturday, 14 July 2012

Tak Sabar Nak Balik Raya. (^_^)

Hai hai kawan-kawan...
malam tadi kan saya call mak saya...
mak saya cakap tahun ni kuih raya mak nak buat sendiri...
mak cakap mak tunggu saya balik, lepas tu buat kuih sama-sama...
tak sabarnya nak tolong mak buat kuih raya... yeayy...
em kuih raya kegemaran saya kan ialah almond london... hehehe...
suka sangat... lagi satu saya suka kuih batang buruk... suka serbuk2 kuih tu... hahaha...
em okaylah, setakat ni  dulu, nanti saya cerita lagi deh...
bye... jaga diri... tata... :')

Thursday, 12 July 2012

Dup Dap Dup Dap...


hai hai...
dup dap dup dap gitu.
haha, mesti pelik kan kenapa saya letak gambar tu.
saja je sebenarnya. saya rasa love itu kelihatan agak comel begitu, jadi saya mengambil keputusan untuk letak gambarnya di blog saya.
hehe, tu jelah untuk hari ini...
bye semua... jaga diri, jaga kesihatan... tata... :')

Sunday, 8 July 2012

Trip to National Park, Pahang, Malaysia... ❤

Hai semua...
apa khabar? harap semua sihat-sihat saja...
tadi pukul 3.05 a.m, Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan selamat tiba di maktab selepas mengikuti rombongan ke Taman Negara Pahang, selama 2 hari 1 malam...
serius saya cakap, inilah pengalaman terhebat a.k.a terindah yang pernah saya lalui... seronoknya yang amat...
saya sangat berpuas hati dengan segala aktiviti yang telah dijalankan dan saya lihat kesemua peserta juga gembira dengan rombongan ini...
kami rasa berbaloi cuti hujung minggu ini diisi dengan aktiviti seperti ini...
harap-harap lain masa dapat lagi pergi rombongan yang seumpama ini... hehehe...
okaylah, nanti lain masa saya cerita lagi serba sedikit aktiviti yang saya lalui di Taman Negara sana ye...
bye semua...
selamat malam... tata... :')

Tuesday, 3 July 2012

Rindu mak. :'(

kawan-kawan...
saya rasa sedih sangat... saya rindu kt mak... 
kalau kt rumah, mak selalu ada kt sisi... mak sentiasa ambil berat pasal saya...
jujur saya cakap, saya rasa nak balik rumah sekarang... :'(
Ramadhan dah hampir... saya suka berpuasa di rumah... dengan family... ramai... :')
semua orang pasti ada dugaan dalam hidup masing-masing kan...
saya harap segala dugaan yang datang dalam hidup saya ni, dapat saya tempuhi dengan kuat... semoga saya kuat dan tabah...
pasti ada hikmah di sebalik semua ni kan... :')
okaylah, setakat ni dulu lah ye...
bye semua... jaga diri... :')

Sunday, 1 July 2012

Sirap Bandung + Cincau



hai hai hai...
tadi saya dengan kawan-kawan pergi makan dekat Hana Cafe... kedai ni dekat-dekat dengan UMK...
saya order Nasi Goreng Biasa + Telur dengan air Sirap Bandung + Cincau...
ummphh... sedap sedap... kenyang sangat tadi... alhamdulillah...
yang kt atas tu gambar dia... em yang 2 orang kt belakang tu kawan saya... sibuk je diorang kan... hahaha...
kawan-kawan jemputlah datang kedai tu nanti... puas hati jugaklah makanan dekat situ...
hehehe... promote nampak...
em okaylah, jumpa lagi... bye...
jaga diri... tata... :)

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)