Sunday, 15 July 2012

Abang call.

hai.
tengahari tadi dalam pukul 12 lebih, abang saya call. tiba-tiba je.
masa tu saya tengah borak-borak dengan kawan-kawan dalam bilik. sambil makan tengahari.
saya pun angkatlah call, dengar suara abang. dia cool je cakap.
mula-mula dia tanya, tengah study ke. takda kelas ke harini.
saya cakap lah takda. saya tanya kenapa. tiba-tiba je tanya. hati dah debar-debar dah masa tu.
abang cakap, "ni nak bagitahu je, tadi mak ............. tapi relaxlah, mak okay je. cuma ......... tapi jangan risau. tu je nak bagitahu. " :'(
Ya Allah, terus nangis lepas tu. saya pergi tandas kejap. 
balik dari tandas, kawan-kawan pandang saya. diorang dapat agak sesuatu.
mula-mula saya cakap, takda apa-apalah.
kawan-kawan saya, tahu ada sesuatu yang tak kena. diorang pun terus dan terus tanya.
diorang cakap, jangan pendam-pendam, la. luahkan je.
last-last, saya cakaplah yang sebenarnya kt diorang.
lepas tu terus mengalir balik air mata. penat cover depan diorang. tapi akhirnya tewas.
kawan-kawan semua pujuk. masa tu, lagi bertambahlah sedih tu.
tapi alhamdulillah, saya dapat kawal dah emosi lepas tu. dah berhenti nangis dah.
tapi, secara jujurnya, sekarang, saya masih sedih. tapi saya cuba kawal perasaan itu. saya kena kuat.
semoga saya diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang datang dalam hidup ini. InsyaAllah.
okaylah, setakat ni dulu. bye. jaga diri. :')

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)