Monday, 30 December 2013

Fatih dan Sarah

Hai kawan2...
sihat semua? harap semua sihat2 belaka...:)
selama dua minggu ni, saya telah ditugaskan menjadi babysitter... cewahh... hehe...:D
saudara saya minta tolong jagakan 2 orang anaknya kerana beliau ada urusan penting untuk dilaksanakan... cewahh ayat...:P hehe...
jadi bermula laa hari2 saya sebagai babysitter... hehe...
seronok taw jadi babysitter ni...
ni saya nak cerita apa yang seronoknya...
seorang berumur 6 bulan(baby lelaki) dan seorang lagi berumur 2 tahun(perempuan)...
dua2 muka iras2 anak cina taw... putih melepak... serius saya tak tipu... hehe...
diorang ikut muka mama diorang laa tu... 
comel jer dua orang budak kecik ni taw...
kelakar pun ada... 
melihat keletah diorang yang macam2, buat saya selalu happy...
senyum selalu...:D
suka sangat kt diorang ni... sayang ape tah lagi kan...:)
yang baby ni nama dia, Muhd Al Fatih dan kakaknya bernama, Nur Sarah Qaseh... cantik dan sedap nama diorang kan...:)
saya paling suka bila diorang nak masuk tidur... haa masa tu macam2 diorang buat sebab nak lawan rasa mengantuk tu... seboleh bolehnya diorang tak nak tidur... asyik nak main je... budak2 kan...:D kelakar sangat diorang ni... selalu buat saya terhibur jaga diorang...
baby fatih ni suka didukung... kalau kita dukung dia sekejap, mulalah dia buat muka comel minta nak didukung lagi... eee comel taw baby Fatih ni...
yang Sarah pula, suka bersolek... tudung2 saya sangat disukainya... haha..
Sarah kalau nampak je tudung, dia akan minta dipakaikan... saya pun apa lagi, pakaikan jela kt Sarah yang comel ni... biasanya Sarah akan minta dipakaikan gaya tudung macam biasa jer... tapi ada sekali saya pakaikan dia gaya macam Yuna, terus Sarah minat gaya tu... asyik gaya tu je dia minta dipakaikan... hahaha... Sarah Sarah... comelnya laa...:D
saya rasa nanti bila Sarah dah besar, mesti dia akan suka berfesyen... ada style gitu... good luck Sarah... hehe..:D
baby Fatih kalau masa tidur, sangatlah comel... dia akan hisap ibu jari dia yang comel tu... pastu buat posing comel... eee comel sangat baby Fatih ni... kadang2 tu masa tidur, lasak taw... macam2 aksi ada... hahaha.... Fatih oh Fatih...<3
saya sayang sangat kt dua2 budak kecik ni... saya harap bila diorang dah besar nanti, akan jadi anak yang baik, soleh dan solehah, berbakti pada mak dan ayah, dan berjaya capai cita2 diorang... insyaAllah...:D
lepas ni dah nak berpisah dah dengan diorang... saya dah nak balik Kelantan dah...
saya pasti akan rindukan budak2 kecik ni nanti...:'(
nanti saya kongsikan gambar2 budak kecik yang comel tu ye...
serius diorang comel sangat...
saya sayang diorang...<3
okaylah kawan2... kita jumpa lagi pada entri akan datang...
macam biasa, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi... InsyaAllah...(^_^)

Sunday, 29 December 2013

Apam Polkadot

Hai hai hai...
apa khabar semua...:D
hari demi hari, nampaknya tinggal beberapa hari je sebelum nak balik Kelantan.. hermm..:( nak duduk kt rumah lagi... sob sob...:(
ehh okay2 dah2.. hee..
berbalik pada topik kita pada hari ini iaitu tentang Apam Polkadot...
petang2 macam ni, sedap jugak kalau menikmati kuih apam ni kan... hehe...
so apa lagi kawan2, mari kita buat apam ni sebagai aktiviti mengisi masa lapang kita kan...;)
jadi saya nak kongsikan resepi Apam Polkadot yang gebu khas untuk kawan2.. huhu...
mari kita saksikan... jeng jeng jeng...
selamat mencuba ye..:D

Bahan-bahan :
-tepung gandum (2 1/2 cawan) *diayak
-baking powder (2 sudu teh) *diayak
-telur (3 biji) *gred A
-gula halus (1 cawan)
-susu cair (1 cawan)
-ovalette (1 sudu teh)
-esen vanilla (1 sudu teh)
-pewarna (hijau, biru, kuning, pink) *ikut citarasa anda

Cara-cara :
1) Putarkan telur, gula dan ovalette. Putar hingga kembang dan menjadi putih. Putar pada kelajuan maksimum.
2) Kemudian masukkan susu cair. Seterusnya masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
3) Masukkan esen vanilla.
4) Putarkan pada kelajuan maksimum hingga adunan sebati.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut pewarna yang diinginkan.
6) Setelah siap adunan digaulkan dengan pewarna yang diinginkan, bolehlah masukkan ke dalam piping beg.
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas. Isikan 3/4 sahaja (hampir penuh). Jangan isi penuh pula, nanti apam nak mengembang macam mana kan. 
8) Kalau nak lagi sedap, bolehlah letakkan inti jem ke dalam apam. Gunakan jem strawberi ke, blueberi ke. Saya guna jem strawberi. hehe. Caranya picitkan 1/4 adunan ke dalam mangkuk kertas, kemudian letakkan sesudu kecil jem strawberi. Kemudian picitkan lagi adunan hingga hampir penuh mangkuk kertas. Macam tadi ye.
9) Seterusnya bolehlah buatkan dot. Ikut kreativiti anda ye..:)
10) Setelah siap membuat dot, kukuslah apam di dalam pengukus selama 20 minit atau sehingga masak.
11) Sebaiknya penutup pengukus dibalut dengan kain supaya air semasa mengukus tidak jatuh ke apam. Jika tidak, apam anda menjadi tidak cantik.
12) Setelah siap mengukus, apam bolehlah dihidangkan. Makan panas2 pun sedap. Hehe. Selamat Mencuba. (^_^)










hehehe... apam polkadot siap... yeaayyy...;)
Selamat Mencuba ye kawan2...(^_^)


Pancake Butter

Hai kawan2...
apa khabar semua?
hari ni saya nak kongsikan resepi Pancake Butter...
senang je nak buatnye taw...
kawan2 boleh laa mencubanya nanti ye... hehe...
mari kita sama2 saksikan...
jeng jeng jeng...

Bahan-bahan :
-tepung gandum (1 cawan) *diayak
-baking powder (1 sudu teh) *diayak
-gula (2 sudu besar)
-telur (1 biji)
-butter (2 sudu besar) *dicairkan
-susu cair (1 cawan)

Cara-cara :
1) Mula-mula asingkan putih telur dan kuning telur dalam dua bekas berasingan.
2) Seterusnya pukul putih telur dengan garfu. Sebab kuantitinya sikit je kan. Pukul hingga kembang.
3) Kemudian ambil bekas lain, gaulkan tepung gandum dan baking powder.
4) Dalam bekas lain pula, campurkan kuning telur, gula dan susu cair. Gaul hingga sebati.
5) Masukkan butter yang telah dicairkan tadi.
6) Seterusnya, masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah digaulkan tadi. Gaul hingga adunan sebati.
7) Tapis adunan tadi supaya adunan tidak berketul. Baru cantik pancake nanti.
8) Seterusnya, masukkan putih telur tadi ke dalam adunan tepung tadi. Gunakan kaedah kaup balik. Ingat tu.
9) Panaskan non stick pan.
10) Kemudian sendukkan adunan ke dalam non stick pan tadi. Sebaiknya satu senduk setengah sekali letak.
11) Apabila gelembung sudah kelihatan pada pancake kita, bolehlah dibalikkan. Confirm cantik warna kekuningannya.
12) Apabila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
13) Hidangkan pancake anda tadi dengan coklat cair. Nyum nyum. Nikmatilah keenakan pancake butter anda. Selamat mencuba. (^_^)





Selamat mencuba ye...(^_^)




Wednesday, 25 December 2013

Kek Batik

Hai kawan2... 
kita berjumpa lagi di petang nan indah ini... hehe...
cuti2 ni apa lagi, dari duduk2 je baik kita masak2 ye tak?? haha poyonye..:P sory2...:P
okaylah, hari ni saya nak kongsikan cara membuat kek batik... hehe..
ni yang simple jer... tak perlu banyak bahan pun...
kepada sesiapa yang dah tahu baguslah... duk diam2 ye... hehe...
ni nak kongsi kepada sesiapa yang nak tahu atau nak belajar ke kan... whatever laa.. haha..:P
jadi mari kita saksikan... jeng jeng jeng... 

Bahan-bahan :
-Biskut Marie *dipatah-patahkan (1 pinggan)
-Milo (1 cawan)
-Susu pekat (1 cawan)
-Coklat masakan (1/2)
-Butter (1/2)
-Planta (2 sudu besar)
-Esen vanila (1/2 penutup)

Cara-cara :
1) Cairkan butter, planta dan coklat masakan. Sebaiknya guna non stick pan ye. hehe..
2) Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3) Seterusnya masukkan milo dan kacau lagi. Haa pada tahap ini, pegang kuali anda baik2 ye sebab masa mengacau tu kuali akan bergerak-gerak. Hati2 taw.
4) Masukkan esen vanila pula. Kacau sebati.
5) Kemudian apabila adunan telah menjadi agak likat dan pekat, bolehlah masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi.  Api pun bolehlah dipadamkan.
6) Gaulkan biskut marie dengan adunan tadi hingga rata.
7) Setelah siap menggaul dengan rata, bolehlah mengangkat adunan tadi kemudian dimasukkan ke dalam bekas lain. 
8) Bekas itu boleh dilapik dengan plastik supaya nanti kek tidak melekat.
9) Kemudian, adunan kek itu bolehlah ditekan dan dipadat-padatkan mengikut saiz bekas tadi.
10) Akhir sekali setelah siap sesi memadatkan, kek batik perlu disejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Apabila dah sejuk, bolehlah dipotong-potong dan dihidangkan.
Nikmatilah kerangupan Kek Batik anda. Selamat Mencuba. hehe.. (^_^)








Selamat Mencuba ye..(^_^)

Tuesday, 24 December 2013

Minum Petang

Hai hai semua...
salam petang yang indah...
hehe..
disebabkan minggu depan saya dah nak balik Kelantan dah, jadi semua permintaan saya ditunaikan oleh ahli keluarga saya yang tersayang ni.. yeayyy... hehehe..
chupp, saya bukan anak manja taw, cuma diberi perhatian sikit laa.. hikhik.. mohon jangan cemburu.. hee..:P
hari ni entri saya pasal satay je sebenarnye.. hehe..
jangan marah haa..:P
abang saya yang no.2 tu, belanja makan satay...
so makan free laa kita hari ni ye.. nyum nyum.. satay ayam dan satay daging.. hehe.. abang saya beli kt Nilai tadi.. kt sebelah Mydin tu haa.. sape2 yang lalu kt Mydin tu mesti nampak gerai satay tu.. dengar cite, sedap sataynye.. famous jugak laa.. hehe tak pasal2 promote..:P
nanti saya kongsikan gambarnye ye.. gambar jela yang mampu.. hikhik..:P
okaylah, saya nak menikmati hidangan satay percuma ni.. jemput makan ye semua..:D
nanti lain masa saya cerita lagi ye.. 
bye kawan2.. jaga diri baik2 ye..
salam rindu dari saya buat kawan2 semua.. hikhik..:P
Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi.. (^_^)




Wednesday, 11 December 2013

Sayang


hai kawan2.. apa khabar?
sedih tak ayat kt atas tu..
sedih kan kan?? sob sob..:'(
takpe laa kita beralih ke topik kita hari ini iaitu tentang perasaan sayang.. ada apa pada sayang??
haa macam2 tau ada pada perasaan sayang tu..
kawan2, bila kita sayangkan seseorang tu, kita doakan dia.. 
kita doakan kebahagiaan dia, keselamatan dia walau di mana sahaja dia berada..
kan bagus macam tu..
niat kita tu kena betul..
tulus dari hati.. jangan ada prasangka tau..
nescaya dengan doa2 kita tu, dia akan diberkati dan dirahmati.. insyaAllah..(^_^)
Lagi satu, dalam sesebuah perhubungan tak nak laa ada rasa benci membenci.. tak baik tau..
kita ni manusia biasa je.. tak boleh lari dari buat silap..
Jadi sekiranya kita ada perselisihan faham atau ada sebarang kemusykilan, sebaiknya kita selesaikan perkara itu secepatnya.. jangan ditangguh, kelak merana.. hehe ayat..:P
"Andai hati kita sering gundah, beristighfar lah.. ingat pada Allah..
Jangan bersedih wahai hati..
Yakinlah akan kekuasaan Allah.."
Sekian sahaja buat masa ini..
kita jumpa lagi di lain masa ye..
sebelum berpisah pesanan untuk kawan2 semua, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi.. InsyaAllah.. (^__^)





Monday, 2 December 2013

Monday

Hai semua.. 
rindu kt saya tak?? hehehe..
kawan2 semua apa khabar? lama tak dengar cerita.. huhu.. harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
kawan2, saya lupa laa nak update entri pasal holiday begin hari tu.. yela excited sangat nak balik kan.. macam tu laa jadinya.. hehe.. 
saya balik kampung 15/11 hari tu.. naik bas Perdana..
nah, sampai lah hari ni cuti berlalu..
tapi tak habis lagi cuti..
31/12 nanti baru habis.. so sekarang, kita enjoy.. hehehe..
Selamat Bercuti ye kawan2 semua..:)
emm hari ni kan, satu hari hujan tak berhenti.. dari pagi Subuh sampai sekarang ni, malam dah masuk Isyak ni masih lagi hujan.. wuuu.. sejuk.. rasa nak tidur je.. hehe..
tapi saya tak tidur okay.. hikhik..
nak tahu apa yang saya buat?
haa, saya mengisi masa saya dengan menonton movie di laptop.. hehe.. 
perghh layan movie time hujan terr.. hehe..
sekarang ni dah akhir tahun, musim tengkujuh pun bermula la kan.. jadi kawan2 yang tinggal di bahagian Pantai Timur sana terutamanya, jaga diri baik2 taw.. sediakan payung sebelum hujan.. jangan main hujan.. pesan kt family semua.. hehe.. pesan macam mak nenek je saya ni..:P
kawan2 lain yang tinggal kt mana2 pun, jaga diri baik2.. jaga kesihatan..:)
okaylah, setakat ni dulu saya cerita.. sejuk sangat ni.. tangan terketar-ketar dah taip ni.. hehehe poyo je..:P
next entri saya nak cerita pasal kawan saya lak.. 
haa nak tahu siapa? apa dia?
haa nantikan ye semua..
pesanan saya macam biasa, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi.. InsyaAllah..:)












About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)