Thursday, 27 December 2012

Result Examination

alhamdulillah... tadi saya baru je semak keputusan peperiksaan haritu. syukur saya lulus semua subjek... tak perlu duduki semula... pointer saya tidaklah tinggi dan tidaklah rendah. cukup-cukup makan. serius saya hanya target untuk lulus je. alhamdulillah, makbul. syukran syukran jazilan kepada yang Maha Berkuasa. jadi sekarang saya akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pula. alhamdulillah... saya perlu pandang ke hadapan... target seterusnya akan dimaklumkan kemudian. huhuhu. okaylah, saya nak muhasabah diri kejap. hehe. jumpa lagi. bye semua. jaga diri.

Cuti Hampir Berakhir

"cuti semester saya tahun ni sudah hampir berakhir. pelbagai perasaan yang saya rasai sekarang.. rasa sayu menguasai jiwa teramat. ingin meninggalkan rumah tersayang buat sementara.." hehe...
hai kawan-kawan.. apa khabar? agak lama saya tak update entri. maaflah ye... saya dah beli tiket balik ke IPG dah. 1 haribulan malam, gerak dari sini. sampai sana 2 haribulan pagi.
Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsikan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sepanjang cuti ni. yang mula-mula sekali saya nak kongsikan ialah aktiviti keluar bersama rakan-rakanlah. huhu... lama jugak saya tak keluar dengan kawan-kawan lama saya ni. Kawan masa sekolah menengah, dari tingkatan 1 tau. huhuhu.
Diorang kan merajuk dengan saya sebab tak beraya sama diorang raya haritu. Bukan apa, saya ada masalah sikit masa raya haritu.
Alhamdulillah diorang faham dan kami dah okay dah dan meneruskan tradisi kami. erk tak faham kan. apa-apa jelah.
Em lagi satu keluar dengan kawan sorang ni. kawan dari tingkatan 4 lagi kat sekolah teknik. sama dorm. memang rapat gila lah dengan dia.
Jadi sekarang mari kita saksikan gambar-gambarnya. huhuhu. bye. take care. :')

senyum semua... bersama saya, Suraya, Malena dan Ana...(^_^)
ni masa tunggu komuter. sempat je. hehe.
makan makan...
ni nama dia, Nana...
amboiii cik kak... haha...
haus kot... haha...

Sunday, 18 November 2012

Cuti Oh Cuti.

hai hai semua. apa khabar? cuti macam mana? best tak? saya rasa cuti kali ni adalah yang terindah kot. bagi saya lah. amannya duduk di rumah sahaja. hee. jangan jealous. huhu. em nanti saya kongsikan detik2 ceria cuti saya pada kali ini ye. nantikan episod seterusnya. huhuhu. bajettt. okaylah, jumpa lagi. jaga diri, jaga hati, ingat Ilahi. selamat bercuti. (^__^)

Wednesday, 7 November 2012

Selamat Bercuti.

hai semua. apa khabar? lama tak dengar khabar. huhu. hari selasa lepas, 6/11/2012 adalah hari terakhir exam. hehehe. bahagia hidup dah habis exam. ni tadi, saya baru siap kemas2 barang semua nak balik kampung lah kata kan. lama jugak cuti kali ni. sebulan setengah dan lebih sikit. lagi lama cuti tahun ni dari cuti tahun lepas... amboiii untunglah... okaylah kawan-kawan, akhir kata, selamat bercuti semua. enjoy your holidays. apa2 hal, contact saya okay. hehe. macam biasa, sebelum berpisah, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi. insyaAllah. bye semua. jumpa lagi. (^__^)

Friday, 5 October 2012

Thanks My Roommate. :')

hai semua.
harini saya nak cerita tentang hadiah birthday. hee.
dari roommate saya, Adda...
thanks a lot to her for the treat a.k.a as my birthday present.
so sweet. huhu.
so let's have a look what was it.
bye semua.
jaga diri. :')

noodles.

waahh...

blurppp...

oh my home soy...

thanks Adda, thanks Chicken Rice Shop...

Tuesday, 2 October 2012

Sarapan. :')


hai semua. apa khabar?
dah sarapan semua? huhu.
saya dah sarapan dah.
nak tahu saya sarapan apa?
jeng jeng jeng...
nestum + sugar crackers..
huhu. diet ke apa ni?
Alhamdulillah kenyang jugak makan ni.
nanti kawan2 cubalah jugak resipi ni ye.
resipi turun temurun ni. hehe.
okaylah jumpa lagi.
bye semua. jaga diri. :')


inilah sarapannya...


nestum + sugar crackers. 

Sunday, 30 September 2012

Salah ke?

hai.
harini saya nak luahkan rasa hati saya.
serius, saya rasa sangat terkilan dengan sekumpulan manusia ni.
kawan2...
salah ke saya nak berehat sebentar dari membuat apa yang saya suka?
salah ke saya nak beri peluang untuk diri saya focus ke perkara yang lebih penting?
salah ke saya menyatakan hasrat untuk menarik diri atas sebab2 tertentu?
kenapa saya tak diberi peluang?
kenapa semua nak menuding jari kt saya?
takda orang lain lagi ke?
bukan kamu semua dah cukup bagus ke?
saya rasa saya tak diperlukan lagi.
kenapa nak paksa saya?
pernah ke dengar isi hati saya? dengar masalah saya? ada?
kenapa semua memberi harapan yang tak dapat saya pikul?
pernahkah kalian beri saya peluang itu? pernahkah?
wahai kawan2, dengarlah luahan hati saya ni.
janganlah buat saya macam ni.
mungkin kamu semua anggap saya ni pentingkan diri. tidak serius. main2. macam budak2.
takpalah, cakaplah apa pun. saya sedar saya siapa.
tapi kamu semua belum cukup mengenali diri saya lagi.
jadi kamu janganlah buat andaian yang bukan2 tentang diri saya. nanti lama2 jadi fitnah. kan dah dosa tu.
tolonglah berfikir dengan matang wahai kawan2 ku...
saya sayang kalian semua.
tapi kenapa kalian buat saya begini?
adakah disebabkan ketidakpenglibatan saya, kalian cakap saya macam2? perli. dan cakap2 belakang.. mungkin. tak tahulah.
manusia kan. apa pun boleh jadi.
Tuhan saja yang tahu.
takpalah kawan2, kalian anggaplah saya apa2 pun. yang penting saya tetap dengan pendirian saya.
terima kasih buat saya macam ni. saya sedar saya bukan siapa2 bagi kalian.
okaylah setakat ni dahulu, jumpa lagi semua.
maaflah ter-emo sikit harini sebab dah tak boleh simpan lagi dah.
jumpa lagi. jaga diri, jaga hati, jaga perasaan.
bye. :')










Thursday, 27 September 2012

Hujan Oh Hujan. :')



Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat. (HR Bukhari).
Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi S.A.W mengucapkannya sebanyak dua atau tiga kali.

hai semua...
harini nak kongsi dengan kawan2 semua, doa ketika hujan turun.
kepada yang dah tahu tu, takpalah.
ni sekadar perkongsian untuk semua.
em sejak akhir2 ni, kalau petang je, mesti hujan. lebat. Alhamdulillah.
kalau hujan turun, kita bacalah doa tu, lepas tu bacalah doa apa2 pun.
insyaAllah makbul.
sekarang ni pun, tengah hujan kt luar ni. sejuknya. 
sukanya bila hujan kan. kawan2 semua pun mesti ramai yang suka hujan jugak. betul tak?
jadi mari kita semua berdoa setiap kali hujan turun. ye..
okaylah, semoga berjumpa lagi...
bye.
jaga diri, jaga hati, ingat Ilahi. :')

Saturday, 22 September 2012

Selesai Sudah. :')

hai semua.
apa khabar.
harini merupakan hari yang sangat menggembirakan.
sebab... jeng jeng jeng...
saya dah siapkan semuaaaaa assignment untuk semester ini.
wuhuuu... seronoknyerrr...
serius rasa lega sangat. lepas beban yang agak berat yang dipikul selama bertahun tahun ini. 
hahaha. ye ye ar je.
eh tapi tak boleh jugak nak happy sangat.
sebab examination menanti cik kak oi.
ingat, ingat, 29/10/2012, hari Isnin okayyy...
oleh itu, jangan nak happy2 sangat lah lailaaa...
jadi, bermulanya hari ini, saya dah kena mula buat ulangkaji.
tadi pun, masa call mak, mak pun ada pesan.
"yela walaupun lambat lagi, buatlah persediaan awal. tak rugi pun kan."
okay mak. akan patik kotakan kata-kata mak tadi. InsyaAllah.
okaylah nanti lain masa, kita jumpa lagi.
selamat mengulangkaji semua.
jaga diri. jaga hati. ingat Ilahi.
bye semua. (^__^)

almost. (^___^)

look ahead. :')

(^___^)


it's true. :')

last but not least. :')



Friday, 21 September 2012

Bukan Sombong. :')

hai semua.
jumpa lagi.
em harini nak cerita pasal orang tu.
ni bukan nak mengumpatlah. cerita je.
tadi kan, lepas jog, saya dengan kawan saya pun pergilah ke court basketball.
mula2 memang nak main tenis, tapi court tenis yang selalu kami guna tu, orang lain tengah guna.
jadi kami pun ambil keputusan untuk bermain basketball sahaja. best jugak.
em sebenarnya orang yang guna court tenis tu adalah orang yang saya nak cerita ni lah. hohohoi.
em tadi, saya dengan kawan saya pun main jelah basketball macam biasa. belajar shoot dengan tepat.
memang baguslah court basket sebelah je dengan court tenis kan. emmm okay.
lepas tu kan, si orang ni tengok je kami main. erk segan sikit tadi. 
orang tu tegur je kawan saya macam biasa. cakap2 semua.
lepas tu kan, tak sangka si orang ni tegur jugak saya.
si orang ni cakap sesuatu kt saya. em lebih kurang macam ni kot ayat dia.
"tak pandang langsung tu"... macam tu lah kot si orang tu cakap.
saya memang tak pandang pun dia masa tu. emmm ada sebabnya.
maaflah ye si orang tadi. bukan saya sombong tapi ada sebab lain.
mesti si orang tu ingat saya macam2 kot, ke apa2 ke. manalah tahu kan. entahlah.
maaf jelah yang boleh saya cakap.
okaylah, setakat ni dulu saya cerita.
jumpa lagi semua.
bye.
bye si orang tu. :')
jaga diri.
jaga kesihatan. :')

Thursday, 20 September 2012

Milo free... :')

Hai hai semua.
apa khabarnya pun.
bertemu kembali.
harini nak cerita pasal semalam.
semalam, saya dan kawan saya pergi ke Pantai Timur Hypermarket untuk membeli sedikit barang2 keperluan. oleh itu, kami mengambil keputusan untuk keluar selepas habis kelas pada pukul 4.00 petang.
kami pergi dengan menaiki prebet.
setibanya kami di sana, kami pergi makan dulu. isi perut. lapar.
kami makan bihun dengan kuey tiaw sup. perghhh, sedap giler.
konyang den.
lepas dah kenyang, relax kejap. tak boleh nak bergerak. badan berat. haha.
lepas tu, barulah kami masuk kedai dan beli barang2nya. banyak. penuh trolley.
selepas itu, sedang kami nak keluar dari pintu kedai je, eh eh, ternampak lori Milo... !
wahhhh... Milo...
yeayyy dapat milo free...
teringat zaman sekolah dulu. sanggup beratur panjang2 sebab nak milo free. ada sekali tu, saya beratur dua kali... hehehe... sorry kawan2...
berbalik kepada cerita tadi, lepas dah nampak lori milo tu, apa lagi terus kami ke sana.
orang Milo tu pun panggil kami datang ambil milo. mula2 kami malulah konon, tapi last2 nak jugakkk.
"Ku malu tapi ku mahu Milo tu..."
lepas tu, apa lagi, minum lah Milo tu.
eh kejap, untuk pengetahuan semua, saya terminum 4 gelas milo masa tu. ter. sorry.
saya suka sangat milo sebenarnya. maaf2.
okaylah, setakat ni dulu. berikut adalah gambar2 yang sempat saya ambil semasa penggambaran dijalankan. haha. takdalah, tu adalah antara gambar yang sempat saya ambil semalam.
bye semua.
jaga diri.
jaga kesihatan. :')

tadaaa.... ni lah lori Milo tu...
terima kasih Milo... :')


Tuesday, 18 September 2012

Jom ke Klinik.

hai semua.
pagi tadi, saya pergi ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
saya tak berapa nak sihat sikit.
tadi punyalah ramai orang.terdapat pelbagai peringkat umur.
ada atuk2, nenek2, pakcik2, makcik2, budak2 sekolah dan bayi pun ada.
ramai sangat orang.
saya agak keliru dengan panggilan nombor giliran masa tu, sebab tak ikut urutan.
peliknya.
lama2 saya pun rasa dah nak hilang sabar, tapi jeng jeng jeng...
saya ternampak papan tanda yang terpampang :

"Keutamaan diberikan kepada : Warga Tua, Kanak-kanak, Ibu Mengandung dan Kes Kecemasan."

ohhh.... patutlahh....
jadi saya pun mengubah persepsi saya dan kebetulan lagi saya ternampak papan tanda yang sangat memberi inspirasi kepada saya waktu itu.

 " Sabar Menunggu"

ye itulah kenyataan papan tanda tersebut. tahniah papan kenyataan.

saya gembira akhirnya dapat mengawal kesabaran dan akhirnya nombor giliran saya pun dipanggil,

"1081, Bilik 4"

ye itu dia nombor saya dipanggil. yeaayyy..!
saya pun meneruskan agenda saya sehingga ke akhirnya.
Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. Syukur.
jadi sekarang mari kita lihat hasil2 nya.
jumpa lagi kawan2.
jaga diri, jaga kesihatan. :')


ubat ni kena bancuh dengan air, lepas tu minum. rasanya, erghhhh.

ubat ni kena makan bila perlu. bila sakit, makanlah. InsyaAllah.

jeng jeng jeng... dapat cuti satu hari. tahniah.

focus kt cop sebelah tu. haha.

all together. so sweet. :')



Doa Banyak-banyak. :')

Doa-doa Penawar


Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit lalu , membaca doa di bawah.
Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang sakit
lalu berdoa seperti di bawah:

بسم الله الر حمن الر حيم

Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
(Dibaca 3 kali)


اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya
dan kejahatan apa yang aku deritai dan aku khuatirkan.




Selain itu, bolehlah memperbanyakkan bacaan berikut :


لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ
لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
 لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِاللهِ

Maksudnya : Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiri-Nya
Tiada sekutu bagi-Nya, Tiada Tuhan melainkan Allah
bagi-Nyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagi-Nya segala pujian
Tiada Tuhan melainkan Allah
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah



Doa agar segera sembuh.

اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya : Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku
benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak.




Kesimpulannya, Allah telah  menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan setiap penawarnya. Jadi berusahalah mencari penawarnya dan setiap usaha itu perlulah diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah. InsyaAllah. (^__^)


Sunday, 16 September 2012

Suatu Hari Di Tepi Pantai... (^__^)

hai semua.
jumpa lagi.
harini saya nak cerita tentang saat2 yang sweet yang pernah saya lalui.
begini ceritanya...
pada suatu hari, saya sedang mengikuti satu program ni.
bila program tu dah habis, apa lagi, berjimba lah kami semua.
pergi jalan-jalan, shopping dan sebagainya.
sampai masa berjalan-jalan di satu pantai ni, kami diberi masa untuk mengambil angin dan bersiar-siar.
makanya, saya mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar di tepi pantai.
saya jalan sorang2 je sebab saya suka bersendirian.
Fakta : saya memang suka pantai, dan suka duduk di tepi pantai.
sambung kembali cerita tadi...
masa peristiwa itu berlaku, saya sedang duduk di tepi pantai sambil merenung ombak laut yang menghempas pantai.
saya duduk berseorangan, sambil melayan perasaan dan berbekalkan lagu dari handphone, saya menyanyikan lagu kegemaran iaitu, Cinta Bersatu- Liyana Jasmay.
walaupun suara saya tak berapa nak sedap, tapi nyanyi je. takda orang pun dekat2 situ masa tu. huhu.
saya suka sangat lagu tu sebab tu saya nyanyi.
tapi tak semena-mena, tiba2 mengalir pulak airmata. haduii.
yelah, jujur masa tu saya teringat kepada 'si dia'. hmm. again and again.
lepas tu... tak berapa lama kemudian,
datanglah seorang putera idaman. cewahhh.
takdalah, datang seorang makhluk Allah ni, duduk sebelah saya.
cepat2 saya lap airmata. cover2. bajet cool je masa tu. haha.
lalu dia pun berkata, "Jangan dikenang orang yang tak sudi."
erk, sentap sikit saya masa tu.
lepas tu dia pun cakap lagi, "Kalau orang tu bagi kemudaratan kt kita, baik kita lupakan je."
oh okay, lama jugak saya fikir maksud dia.
saya hanya mampu mengganguk je masa tu. tak terluah apa2 perkataan pun masa tu.
tapi yang paling sweet nak diceritakan, masa conversation tu berlaku, lagu Cinta Bersatu tu masih berkumandang dari handphone. lupa pulak nak stopkan lagu masa tu. 
boleh bayangkan tak situasi masa tu? huhuhu.
perbualan kami pun berakhir tak lama selepas tu.
serius bila saya ingat balik, berbunga jugaklah hatiku ini. macam drama je.
senyum sorang2 kot. hee.
em tapi apakan daya, kami hanyalah kawan. si putera idaman ini tadi sudah pun ada kekasih hati.
jangan diganggu pacar orang ya. tidak baik sama sekali.
oleh itu, saya hanya mampu senyum sorang2 jela bila ingat balik peristiwa di tepi pantai itu. akan ku kenang selamanya. huhuhu.
okaylah setakat ini dulu. nanti kita sambung lagi.
bye semua.
jaga diri. :')

Friday, 14 September 2012

Joe Brooks.

hai hai semua.
apa khabar. harap semua sihat.
harini saya nak cerita pasal Joe Brooks.
siapa Joe Brooks? penyanyi kah? pelakon kah?
jawapannya, dia adalah penyanyi.
best sangat suara dia. unik. lagu-lagu dia pun semua best.
erk, sebenarnya ada maksud lain kenapa lagu tu best. hee.
em antaranya lagu-lagu dia yang best ialah, These Broken Hands Of Mine, Holes Inside dan Superman dan My Heart Will Wait.
kejap, lagu Five Days Of Summer pun best jugak.
nanti kejap lagi saya letak gambar saya dan dia. yang dah di-edit dengan penuh kasih sayang.
okaylah selamat menyaksikan gambar tersebut.
bye semua.
jumpa lagi.
jaga diri. :)

me with him. <3 hehe.

Wednesday, 12 September 2012

Maafkan Saja.

hai semua.
apa khabarnye pun?
harini saya nak bercerita tentang kemaafan.
apa yang terlintas di fikiran kita bila bercakap pasal kemaafan?
macam2 kan.
bagi saya, memaafkan seseorang adalah lumrah kehidupan.
tak lengkap hidup seseorang itu tanpa ada istilah kemaafan di dalam diari hidupnya.
jika seseorang telah membuat sesuatu kesalahan kepada kita, biarpun secara tidak sengaja mahupun 'sengaja', kita perlulah memaafkan sahaja mereka.
janganlah kita simpan dan pendam lama-lama.
takut nanti lain pula jadinya.
oleh hal yang demikian, memaafkan adalah cara terbaik bagi mengekalkan perhubungan, persahabatan atau perkenalan seseorang.
jadi marilah kita bersama-sama memaafkan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak terhadap diri kita dan berfikirlah positif, wahai kawan-kawan.
tidak rugi apa pun jika kita memaafkan seseorang, malah kebaikan yang kita akan peroleh.
percayalah.
sebelum mengakhiri bicara pada hari ini, saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjadi seorang yang pemaaf dan berfikiran terbuka.
ingatlah bahawa, pasti ada hikmah di atas semua yang berlaku.
okaylah, setakat ini dulu.
jumpa lagi ye.
jaga diri.
jaga hati.
bye semua. :')

Tuesday, 11 September 2012

Terima Kasih Kawan-kawan.

hai kawan kawan. 
hari ni saya nak kongsikan gambar-gambar hadiah birthday dari kawan-kawan saya.
saya terharu sangat dengan mereka semua.
thanks kawan-kawanku.
May Allah bless all of you. Aminnn.
saya suka sangat semua hadiah ni.
comel semuanya. 
sekali lagi terima kasih banyak-banyak kawanku semua.
okaylah selamat melihat hadiah-hadiahnya.
bye semua.
jaga diri. :)

from Insyirah :)
from Syafiqah and Ain Sofea :)

from Izzatul :)

from Amirah :)

all together. thanks again friends. :)

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)