Sunday, 16 September 2012

Suatu Hari Di Tepi Pantai... (^__^)

hai semua.
jumpa lagi.
harini saya nak cerita tentang saat2 yang sweet yang pernah saya lalui.
begini ceritanya...
pada suatu hari, saya sedang mengikuti satu program ni.
bila program tu dah habis, apa lagi, berjimba lah kami semua.
pergi jalan-jalan, shopping dan sebagainya.
sampai masa berjalan-jalan di satu pantai ni, kami diberi masa untuk mengambil angin dan bersiar-siar.
makanya, saya mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar di tepi pantai.
saya jalan sorang2 je sebab saya suka bersendirian.
Fakta : saya memang suka pantai, dan suka duduk di tepi pantai.
sambung kembali cerita tadi...
masa peristiwa itu berlaku, saya sedang duduk di tepi pantai sambil merenung ombak laut yang menghempas pantai.
saya duduk berseorangan, sambil melayan perasaan dan berbekalkan lagu dari handphone, saya menyanyikan lagu kegemaran iaitu, Cinta Bersatu- Liyana Jasmay.
walaupun suara saya tak berapa nak sedap, tapi nyanyi je. takda orang pun dekat2 situ masa tu. huhu.
saya suka sangat lagu tu sebab tu saya nyanyi.
tapi tak semena-mena, tiba2 mengalir pulak airmata. haduii.
yelah, jujur masa tu saya teringat kepada 'si dia'. hmm. again and again.
lepas tu... tak berapa lama kemudian,
datanglah seorang putera idaman. cewahhh.
takdalah, datang seorang makhluk Allah ni, duduk sebelah saya.
cepat2 saya lap airmata. cover2. bajet cool je masa tu. haha.
lalu dia pun berkata, "Jangan dikenang orang yang tak sudi."
erk, sentap sikit saya masa tu.
lepas tu dia pun cakap lagi, "Kalau orang tu bagi kemudaratan kt kita, baik kita lupakan je."
oh okay, lama jugak saya fikir maksud dia.
saya hanya mampu mengganguk je masa tu. tak terluah apa2 perkataan pun masa tu.
tapi yang paling sweet nak diceritakan, masa conversation tu berlaku, lagu Cinta Bersatu tu masih berkumandang dari handphone. lupa pulak nak stopkan lagu masa tu. 
boleh bayangkan tak situasi masa tu? huhuhu.
perbualan kami pun berakhir tak lama selepas tu.
serius bila saya ingat balik, berbunga jugaklah hatiku ini. macam drama je.
senyum sorang2 kot. hee.
em tapi apakan daya, kami hanyalah kawan. si putera idaman ini tadi sudah pun ada kekasih hati.
jangan diganggu pacar orang ya. tidak baik sama sekali.
oleh itu, saya hanya mampu senyum sorang2 jela bila ingat balik peristiwa di tepi pantai itu. akan ku kenang selamanya. huhuhu.
okaylah setakat ini dulu. nanti kita sambung lagi.
bye semua.
jaga diri. :')

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)