Saturday, 8 September 2012

Terima Kasih. Sama-sama. :')

hai semua.
bertemu kembali kita.
apa khabar? harap semua sihat hendaknya.
harini saya nak cerita tentang ucapan terima kasih.
dalam kehidupan seharian kita, pasti akan ada masanya kita memerlukan pertolongan orang lain
atau sebenarnya kita memang tak perlukan pun pertolongan itu, tapi nak buat macam mana.
oleh hal yang demikian, bila dah terima pertolongan, pemberian atau apa-apa sahaja walhal hanya kecil sekalipun, janganlah kita lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada insan tersebut.
itu sebagai tanda kita menghargainya.
adakah terlalu susah untuk melafazkan ucapan itu?
janganlah kita lupa akan adab-adab dan sopan santun kita sendiri. ingatlah bahawa kita ni orang Melayu.
janganlah amalkan sikap yang negatif itu. berbudi bahasalah sedikit wahai insan sekalian. kalau tak banyak pun, sikit pun jadilah.
oh macam mana pula kalau yang berkata, "saya dah cakap terima kasih dalam hati dah, dekat si A. cukuplah tu kan".
kalau yang kes macam tu, saya rasa cuba kita berada di tempat si A tu. apa perasaan si A ye? dia tahu ke, kita cakap terima kasih dalam hati?
"ye memanglah si A tak tahu, tapi Allah tahu kan. cukuplah tu. hmm. "
haa, itulah manusia. macam2 perangai ada.
macam mana kalau si A tu jenis yang cepat terasa? haa kan ke dah jadi kes lain pula tu. hadoii.
macam ni lah, saya menyeru kepada semua rakyat sekalian. 
janganlah kamu ragu-ragu atau lokek untuk melafazkan kalimah 'terima kasih' kepada insan yang telah menghulurkan bantuan walaupun hanya kecil sekalipun dan walaupun bantuan itu, tidak pun kamu pinta. ingatlah bahawa ada hikmah di atas semua yang berlaku.
baiklah, ini hanya sebagai perkongsian sahaja untuk rakan2 semua.
setakat ini dahulu untuk kali ini.
maaflah sekiranya kasar bahasa saya pada hari ini.
ampun dan maaf dipinta kepada semua pembaca.
sekian sahaja.
jaga diri. bye. :')

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)