Wednesday, 12 September 2012

Maafkan Saja.

hai semua.
apa khabarnye pun?
harini saya nak bercerita tentang kemaafan.
apa yang terlintas di fikiran kita bila bercakap pasal kemaafan?
macam2 kan.
bagi saya, memaafkan seseorang adalah lumrah kehidupan.
tak lengkap hidup seseorang itu tanpa ada istilah kemaafan di dalam diari hidupnya.
jika seseorang telah membuat sesuatu kesalahan kepada kita, biarpun secara tidak sengaja mahupun 'sengaja', kita perlulah memaafkan sahaja mereka.
janganlah kita simpan dan pendam lama-lama.
takut nanti lain pula jadinya.
oleh hal yang demikian, memaafkan adalah cara terbaik bagi mengekalkan perhubungan, persahabatan atau perkenalan seseorang.
jadi marilah kita bersama-sama memaafkan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak terhadap diri kita dan berfikirlah positif, wahai kawan-kawan.
tidak rugi apa pun jika kita memaafkan seseorang, malah kebaikan yang kita akan peroleh.
percayalah.
sebelum mengakhiri bicara pada hari ini, saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjadi seorang yang pemaaf dan berfikiran terbuka.
ingatlah bahawa, pasti ada hikmah di atas semua yang berlaku.
okaylah, setakat ini dulu.
jumpa lagi ye.
jaga diri.
jaga hati.
bye semua. :')

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)