Thursday, 20 September 2012

Milo free... :')

Hai hai semua.
apa khabarnya pun.
bertemu kembali.
harini nak cerita pasal semalam.
semalam, saya dan kawan saya pergi ke Pantai Timur Hypermarket untuk membeli sedikit barang2 keperluan. oleh itu, kami mengambil keputusan untuk keluar selepas habis kelas pada pukul 4.00 petang.
kami pergi dengan menaiki prebet.
setibanya kami di sana, kami pergi makan dulu. isi perut. lapar.
kami makan bihun dengan kuey tiaw sup. perghhh, sedap giler.
konyang den.
lepas dah kenyang, relax kejap. tak boleh nak bergerak. badan berat. haha.
lepas tu, barulah kami masuk kedai dan beli barang2nya. banyak. penuh trolley.
selepas itu, sedang kami nak keluar dari pintu kedai je, eh eh, ternampak lori Milo... !
wahhhh... Milo...
yeayyy dapat milo free...
teringat zaman sekolah dulu. sanggup beratur panjang2 sebab nak milo free. ada sekali tu, saya beratur dua kali... hehehe... sorry kawan2...
berbalik kepada cerita tadi, lepas dah nampak lori milo tu, apa lagi terus kami ke sana.
orang Milo tu pun panggil kami datang ambil milo. mula2 kami malulah konon, tapi last2 nak jugakkk.
"Ku malu tapi ku mahu Milo tu..."
lepas tu, apa lagi, minum lah Milo tu.
eh kejap, untuk pengetahuan semua, saya terminum 4 gelas milo masa tu. ter. sorry.
saya suka sangat milo sebenarnya. maaf2.
okaylah, setakat ni dulu. berikut adalah gambar2 yang sempat saya ambil semasa penggambaran dijalankan. haha. takdalah, tu adalah antara gambar yang sempat saya ambil semalam.
bye semua.
jaga diri.
jaga kesihatan. :')

tadaaa.... ni lah lori Milo tu...
terima kasih Milo... :')


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)