hari ni saya nak cerita pasal masalah... masalah dan masalah... oh masalah...
saya berpegang pada kata2 ini, "tak semua masalah kita boleh kongsi dengan kawan, walaupun kawan rapat sekalipun. pasti ada sesuatu yang kita tak boleh nak cerita kt kawan, bukan sebab kita tak percaya kt dia, cuma kita rasa perkara tu tak perlu kita ceritakan".
haa, panjangkan ayat tu.
serius saya berpegang pada ayat-ayat itu. macam ni lah, saya mengaku yang saya agak suka berahsia dan suka simpan sorang2... faham tak ayat tu? fahamkan...
saya kadang2 akan terlepas cakap jugak dan mungkin memang niat nak cerita kt kawan tentang sesuatu perkara tu...
memang saya akui banyak kali jugak berlaku benda ni...
tapi saya tak menyesal pun. saya yakin pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
saya sedar sahabat2 saya sering berkecil hati dan geram dan naik angin dengan sikap saya yang termoody tak bertempat tu... tiba2 pulak tu kan...
hmm... maaflah kawan2 ku... saya tahu saya banyak kekurangan...
fakta tentang diri saya, salah satu sebab yang moody tu adalah disebabkan saya teringat semula masalah2 lepas dan saya berjaya mencampurkan adukkan dengan masalah ketika itu... maka bergabunglah mereka semua... hasilnya, moody tak tentu pasal...! tahniah lah...
hmm. itulah yang cuba saya hindarkan dari dulu lagi...
saya percaya setiap manusia ada kekurangan masing-masing.
kita kena terima seseorang itu seadanya... jangan disebabkan satu perkara silap berlaku, kita dah membenci dia keseluruhannya. bagi saya ini tidak adil. kepada empunya diri, kalau dah tahu diri tu ada kekurangan, belajar2 lah nak ubah dan baikinya. haa, kan "atas palo" tu... hambikkk...!!
fakta tentang diri saya lagi, saya suka menilai seseorang tu dalam diam. serius ni.
saya pun suka memerhati dan buat kesimpulan sendiri tentang apa yang berlaku depan mata ataupun apa2 yang datang dalam hidup saya. betul ni. tapi yang penting saya simpan kt diri sendiri je. keep it to myself. saya tak cerita kt orang. betul.
kita kena berpegang pada kata2 ini, "Janganlah kita buka aib orang kerana, di akhirat kelak Allah akan membuka aib kita pula".
terpulang apa orang nak cakap pasal saya. kutuk saya ke. anggap saya macam2 ke.
yang penting saya kenal diri saya sendiri macam mana. fullstop! kerek kan saya.
semua orang pasti ada masa2 nya akan pentingkan diri sendiri. saya yakin dan percaya itu kerana saya pun buat jugak.
yelah, kalau tak pentingkan diri sendiri sekali sekala, fuhh gila lah. memang manusia sempurna lah kamu. adakah kamu antaranya?
bagi saya tak salah pentingkan diri sekali sekala. saya ulang, sekali sekala.
orang di sekeliling pun janganlah salah anggap dengan sikap seseorang tu. kenalah pandai berfikir kenapa berlakunya dan kenapa dia bersikap begitu. janganlah kita terus tuduh atau hina atau cakap buruk pasal dia.
"nilailah diri sendiri dulu sebelum nak menilai orang lain". fullstop! saya yakin dan percaya itu.
berilah seseorang itu peluang untuk memberi penjelasan dan kalau berkesempatan biarlah kita yang memulakan bicara dengan dia. kalau tak keberatanlah. kalau kita pun ego sama, memang sampai ke sudah tak selesailah masalah tu kan...
wah, panjang sungguh saya bersyarah hari ni. mesti ada yang berkata jauh di lubuk hati, "eleh, pandai cakap, tapi buatnya tak. heh" ada tak yang berkata begitu? em mungkin takda.
ye saya sedar memang kadang kala saya terlepas pandang sesuatu perkara itu. mohon maaf sangat.
banyak faktor kenapa saya boleh terlepas pandang. saya sedar itu.
hati kita. itulah kata kunci kita hari ini. ye itu dia. Hati, kita kena jaga elok2. betul ni. serius.
okaylah, cukuplah untuk hari ini saya membuat sedikit coretan isi hati.
terima kasih blog, kerana kamu saya boleh luahkan apa yang saya nak luahkan.
ampun seribu kali ampun andai apa yang dibicarakan mengguris hati atau kasar bagi sesetengah pihak.
jika ada kesempatan saya akan cuba perbaiki kelemahan diri ini. harap semua pembaca dapat menerima kekurangan diri ini. mohon ampun dan maaf sekali lagi kepada semua pembaca.
sekian dahulu.
jaga diri, jaga hati, ingat Ilahi. InsyaAllah.
bye. jumpa lagi. :')
No comments:
Post a Comment