Sunday, 20 January 2013

Sakit.

hai semua.
apa khabar? harap semua sihat2 belako deh.
harini kito cumo nok ngoyak hok ni ja..
sejak kebelakangan ni kan, saya sering sakit kepala.
rasa sakit yang menekan-nekan. mencucuk-cucuk. tak tahulah apa puncanya.
kadang2 waktu tengah hari, kadang2 waktu malam sakit ni datang.
kalaulah boleh gi jumpa doktor, lepas tu periksa semua satu badan.
tengok kalau2 ada apa sakit ke, boleh dapatkan rawatan awal.
tapi sekarang masa agak tidak mengizinkan.
saya harap, suatu masa nanti,
saya akan ada masa untuk gi buat pemeriksaan kesihatan tu.
kawan2 semua, jaga kesihatan tau. kalau sakit, cepat2 jumpa doktor.
jangan jadi macam saya ni.
okaylah jumpa lain masa.
macam biasa, dari saya, Jaga Diri, Jaga Hati, Ingat Ilahi. :')



kepalaku sakit...




kalau sakit, jumpa doktor...




buat pemeriksaan kesihatan berkala...



kawan-kawan, jaga kesihatan. (^__^)

Wednesday, 16 January 2013

Kek Coklat Kukus

Hai semua.
Harini saya nak kongsikan resipi kek coklat kukus pula.
Saya dah berjaya menghasilkan kek ni. huhu.
Senang je nak buat kek coklat kukus ni.
Jadi kawan-kawan semua bolehlah mencubanya.
Emm kalau sesiapa yang dah tahu tu baguslah.
Saya cuma nak kongsikan je resipinya.
Jadi mari saksikan. Jeng jeng jeng...

Bahan-bahan :

-tepung gandum (1 ½ cawan) *diayak terlebih dahulu
-serbuk koko (1 cawan)
-baking powder (1 sudu kecil)
-soda bikabornate (1 sudu kecil)
-gula pasir (1 cawan)
-telur (3 biji) *dipukul sedikit
-butter *dicairkan (1 cawan)/margerin planta pun boleh
-susu cair (1 tin)

Bahan-bahan untuk hiasan kek :

-1/2 Coklat masakan 
-Susu pekat (2 sudu besar)
-Gula halus/gula kastor (2 sudu besar)
-3/4 butter
-Chocolate rice/Chocolate chip/ceri

Cara-cara :

1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bicarbonate dan gula pasir. Gaulkan hingga rata.
2. Masukkan susu cair dan butter yang telah dicairkan. Gaulkan hingga berkilat.
3. Kemudian masukkan telur. Gaulkan kesemuanya hingga rata adunan.
4. Setelah semua bahan selesai digaulkan, tuang adunan ke dalam bekas lain untuk dikukus. Dinasihatkan supaya mengisi adunan hanya separuh dari ketinggian bekas kerana adunan akan mengembang apabila dikukus. hehe.
5. Kemudian kukuslah kek anda selama 45-50 minit. Untuk mengetahui kek anda sudah masak sepenuhnya, ambil lidi dan cucuk di tengah kek tersebut. Jika kek tidak melekat pada lidi, maka kek coklat kukus anda sudah siap dimasak. Tahniah! hehehe..

Cara membuat hiasan kek :

1. Di dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan untuk hiasan kecuali chocolate chip/chocolate rice.
2. Cairkan bahan-bahan tersebut di dalam non stick pan ataupun kuali biasa je dan kacau hingga sebati.
3. Akhir sekali, hiaslah kek dengan coklat yang telah dicairkan tadi mengikut kreativiti anda dan nikmatilah keenakan kek coklat kukus tersebut.. hehehe..(^_^)








Jemput makan ye kawan-kawan. (^_^)



Sunday, 13 January 2013

Biskut Sapi a.k.a Biskut Arab

Bertemu kita kembali. huhuhu.
Harini pula saya nak kongsikan resipi Biskut Sapi atau kini dikenali dengan nama Biskut Arab.
Senang je nak buat biskut ni. Kawan-kawan cubalah nanti ye.
Selamat Mencuba. Jumpa lagi. Jaga diri. :')

Bahan-bahan :

-Tepung Gandum (4 cawan)
-Gula Halus (2 cawan)
-Marjerin Planta (2 sudu besar)
-Minyak Sapi *jenama QBB (1 ½ tin kecil)
-Ceri merah *dipotong kecil (untuk hiasan)

Cara-Cara :

1. Gaulkan tepung gandum, gula halus dan marjerin planta hingga rata.

2. Kemudian, masukkan minyak sapi, sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh.

3. Seterusnya ambil sedikit demi sedikit doh tadi untuk dibuat doh bulat dengan diuli di atas tapak tangan. *dinasihatkan agar membuat doh bulat dalam saiz yang sama agar apabila dibakar di dalam oven, kesemua doh bulat masak seimbang.

4. Setelah semua doh siap disusun di atas dulang pembakar, letakkan potongan ceri tadi. Tekan sedikit untuk melekatkan ceri pada doh itu.

5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius dan masak selama 35-40 minit.

6. Setelah dikeluarkan dari ketuhar, tunggu sehingga biskut sejuk dan setelah itu,bolehlah dihidangkan. Nikmatilah keranggupan dan kemanisan Biskut Sapi @ Biskut Arab.












Saturday, 12 January 2013

Kuih Lepat Ubi

Apa khabar kawan-kawan?
Harini saya nak kongsikan resipi kuih Lepat Ubi.
Masa cuti hari tu, saya belajar dengan mak saya cara nak buat kuih ni.
Selain kuin lepat ubi, ada beberapa lagi jenis kuih yang telah saya pelajari.
Untuk harini, saya kongsikan resipi ini dulu ye.
Kuih lepat ubi ni kuih tradisional masyarakat Melayu kan.
Jadi kita kena tahu bagaimana cara membuat kuih tersebut. Hehe.
Okaylah, nanti lain masa, saya cerita lagi ye.
Bye kawan-kawan. Selamat Mencuba.


Bahan-bahan:

-Ubi Kayu
-Gula Merah
-Sagat
-Kain perahan


Cara-cara:

1. Untuk memudahkan kita mengupas kulitnya, potong ubi kayu kepada beberapa bahagian.
2. Kemudian, kupas kulit ubi kayu dan bersihkan ubi kayu tersebut.
3. Seterusnya, sagat ubi kayu. Berhati-hati semasa menyagat kerana penyagat sangat tajam.
4. Ambil kain perahan dan perahlah ubi kayu yang telah disagat tadi. Perahan ini penting bagi menghilangkan lebihan air yang terdapat di dalam ubi kayu tadi.
5. Setelah selesai proses pemerahan, letakkan ubi kayu tadi di dalam sebuah bekas untuk proses menggaul. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan gula merah tadi ke dalam adunan ubi kayu. Gaulkan hingga rata. Rasa adunan, jika sudah cukup manisnya, maka adunan anda sudah siap.
6. Potong daun pisang yang telah dilayur tadi. Anggaran kelebarannya terpulang kepada anda.
7. Lipatlah adunan ubi kayu tadi dengan daun pisang.
8. Akhir sekali, apabila selesai melipat adunan, kukuslah selama 30 minit. Kuih lepat ubi anda siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba.






























Sunday, 6 January 2013

Welcome Back To IPG

hallo hallo.. alhamdulillah, 2/1/2013, pukul 7.05 pagi hari Rabu, saya telah selamat tiba di IPG. perjalanan menaiki bas selama hampir 9 jam pada kali ini adalah yang terbaik rasanya. hahaha. kenapa saya cakap macam tu? sebenarnya ada pengalaman baru telah saya peroleh pada kali ini. cuba teka... begini ceritanya... jeng jeng jeng...
Kira-kira jam 1 pagi, saya berasa pening kerana tidak biasa dengan air-cond bas tu. Rasa nak muntah pun ada.
Oleh sebab itu, saya tidak dapat melelapkan mata. Saya hanya memandang persekitaran di luar bas sahaja. Tiba-tiba, semasa melalui jalan di Raub, saya terdengar satu bunyi letupan yang agak kuat di luar. Penumpang lain juga terdengar bunyi yang sama.
Selepas beberapa minit kemudian,pemandu bas memberhentikan bas untuk memeriksa keadaan bas. Rupa-rupanya tayar bas di bahagian depan sebelah kiri telah meletup. Memang risau sangat saya masa tu.
Alhamdulillah, selang beberapa minit kemudian, sebuah bas dua tingkat (double decker) Konsortium Melayu Klang (KMK) yang melalui jalan yang sama telah memberhentikan bas. Pemandu bas KMK itu turun dan berbincang dengan pemandu bas yang saya naiki itu. Sebagai jalan penyelesaian, saya dan beberapa penumpang lain dipindahkan untuk menaiki bas KMK tadi.
Mujurlah penumpang tidak ramai di kedua-dua bas pada masa itu dan tempat untuk saya dan penumpang lain juga mencukupi.
Haa, ada satu lagi pengalaman baru saya ni. Saya ditempatkan di tempat duduk di hadapan iaitu sebelah tempat pemandu bas. Huhu. Rasa macam VIP sekejap. hahaha. Tempat duduk tu amat selesa, luas dan ditambah pula dengan pewangi yang harum.
Gembira dapat tempat yang selesa tau. huhu. Hilang rasa pening tadi. Hehehe. Terima Kasih diucapkan kepada pemandu bas KMK tersebut. Rasa mengantuk saya hilang sedikit selepas pertukaran bas.
Disebabkan tidak dapat melelapkan mata, jadi saya pun berboraklah dengan pemandu bas KMK itu. Pemandu bas itu asal Kelantan. Sudah lebih 25 tahun beliau menjadi pemandu bas. Rumahnya berdekatan dengan Airport di Pengkalan Chepa ni. Lama juga saya berborak dengan pemandu bas tu. Beliau peramah orangnya.
Alhamdulillah, kira-kira jam 6.30 pagi, bas tersebut selamat tiba ke destinasi iaitu stesen bas Kota Bharu. Okay kawan2, sebentar lagi saya akan kongsikan gambar yang sempat saya ambil masa di dalam bas KMK. Tapi ada sikit je gambar. Maaflah ye.
Bagi saya, saya amat gembira berpeluang duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Bukan senang dapat peluang tu. huhuhu.
Pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. okaylah semua, jumpa lagi. Jaga diri ye. :')

Terima Kasih kepada bas KMK :')
Hujan renyai-renyai sikit masa ni.
ni tempat duduk Encik pemandu bas tu.

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)