Sunday, 6 January 2013

Welcome Back To IPG

hallo hallo.. alhamdulillah, 2/1/2013, pukul 7.05 pagi hari Rabu, saya telah selamat tiba di IPG. perjalanan menaiki bas selama hampir 9 jam pada kali ini adalah yang terbaik rasanya. hahaha. kenapa saya cakap macam tu? sebenarnya ada pengalaman baru telah saya peroleh pada kali ini. cuba teka... begini ceritanya... jeng jeng jeng...
Kira-kira jam 1 pagi, saya berasa pening kerana tidak biasa dengan air-cond bas tu. Rasa nak muntah pun ada.
Oleh sebab itu, saya tidak dapat melelapkan mata. Saya hanya memandang persekitaran di luar bas sahaja. Tiba-tiba, semasa melalui jalan di Raub, saya terdengar satu bunyi letupan yang agak kuat di luar. Penumpang lain juga terdengar bunyi yang sama.
Selepas beberapa minit kemudian,pemandu bas memberhentikan bas untuk memeriksa keadaan bas. Rupa-rupanya tayar bas di bahagian depan sebelah kiri telah meletup. Memang risau sangat saya masa tu.
Alhamdulillah, selang beberapa minit kemudian, sebuah bas dua tingkat (double decker) Konsortium Melayu Klang (KMK) yang melalui jalan yang sama telah memberhentikan bas. Pemandu bas KMK itu turun dan berbincang dengan pemandu bas yang saya naiki itu. Sebagai jalan penyelesaian, saya dan beberapa penumpang lain dipindahkan untuk menaiki bas KMK tadi.
Mujurlah penumpang tidak ramai di kedua-dua bas pada masa itu dan tempat untuk saya dan penumpang lain juga mencukupi.
Haa, ada satu lagi pengalaman baru saya ni. Saya ditempatkan di tempat duduk di hadapan iaitu sebelah tempat pemandu bas. Huhu. Rasa macam VIP sekejap. hahaha. Tempat duduk tu amat selesa, luas dan ditambah pula dengan pewangi yang harum.
Gembira dapat tempat yang selesa tau. huhu. Hilang rasa pening tadi. Hehehe. Terima Kasih diucapkan kepada pemandu bas KMK tersebut. Rasa mengantuk saya hilang sedikit selepas pertukaran bas.
Disebabkan tidak dapat melelapkan mata, jadi saya pun berboraklah dengan pemandu bas KMK itu. Pemandu bas itu asal Kelantan. Sudah lebih 25 tahun beliau menjadi pemandu bas. Rumahnya berdekatan dengan Airport di Pengkalan Chepa ni. Lama juga saya berborak dengan pemandu bas tu. Beliau peramah orangnya.
Alhamdulillah, kira-kira jam 6.30 pagi, bas tersebut selamat tiba ke destinasi iaitu stesen bas Kota Bharu. Okay kawan2, sebentar lagi saya akan kongsikan gambar yang sempat saya ambil masa di dalam bas KMK. Tapi ada sikit je gambar. Maaflah ye.
Bagi saya, saya amat gembira berpeluang duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Bukan senang dapat peluang tu. huhuhu.
Pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. okaylah semua, jumpa lagi. Jaga diri ye. :')

Terima Kasih kepada bas KMK :')
Hujan renyai-renyai sikit masa ni.
ni tempat duduk Encik pemandu bas tu.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently studying Degree Programme for TESL at IPGKKB.(^_^)