harini saya nak luahkan rasa hati saya.
serius, saya rasa sangat terkilan dengan sekumpulan manusia ni.
kawan2...
salah ke saya nak berehat sebentar dari membuat apa yang saya suka?
salah ke saya nak beri peluang untuk diri saya focus ke perkara yang lebih penting?
salah ke saya menyatakan hasrat untuk menarik diri atas sebab2 tertentu?
kenapa saya tak diberi peluang?
kenapa semua nak menuding jari kt saya?
takda orang lain lagi ke?
bukan kamu semua dah cukup bagus ke?
saya rasa saya tak diperlukan lagi.
kenapa nak paksa saya?
pernah ke dengar isi hati saya? dengar masalah saya? ada?
kenapa semua memberi harapan yang tak dapat saya pikul?
pernahkah kalian beri saya peluang itu? pernahkah?
wahai kawan2, dengarlah luahan hati saya ni.
janganlah buat saya macam ni.
mungkin kamu semua anggap saya ni pentingkan diri. tidak serius. main2. macam budak2.
takpalah, cakaplah apa pun. saya sedar saya siapa.
tapi kamu semua belum cukup mengenali diri saya lagi.
jadi kamu janganlah buat andaian yang bukan2 tentang diri saya. nanti lama2 jadi fitnah. kan dah dosa tu.
tolonglah berfikir dengan matang wahai kawan2 ku...
saya sayang kalian semua.
tapi kenapa kalian buat saya begini?
adakah disebabkan ketidakpenglibatan saya, kalian cakap saya macam2? perli. dan cakap2 belakang.. mungkin. tak tahulah.
manusia kan. apa pun boleh jadi.
Tuhan saja yang tahu.
takpalah kawan2, kalian anggaplah saya apa2 pun. yang penting saya tetap dengan pendirian saya.
terima kasih buat saya macam ni. saya sedar saya bukan siapa2 bagi kalian.
okaylah setakat ni dahulu, jumpa lagi semua.
maaflah ter-emo sikit harini sebab dah tak boleh simpan lagi dah.
jumpa lagi. jaga diri, jaga hati, jaga perasaan.
bye. :')